Setiap wanita ingin memiliki kulit yang cantik berseri. Bagaimanakah kita memelihara kulit supaya halus, lembut dan licin? Secara am, tabiat baik seperti cukup tidur, pemakanan sihat dan bersenam akan membantu kulit muka kami kelihatan sihat bermaya. Dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang sesuai, anda boleh menikmati kulit yang menawan.

Faedah susu kambing memang diketahui ramai sebagai pelembap semulajadi dan penyubur kulit. Susu kambing juga memelihara kelembapan kulit dan membantu memudakan semula kulit supaya kelihatan sihat bermaya.

Rangkaian produk penjagaan kulit Shurah berumusan bahan-bahan semulajadi dan mempunyai keistimewaan seperti berikut:

* Susu Kambing Sejati
* Pati-Pati Likoris
* Pelindung UV
* Pengesahan Halal


Susu Kambing Sejati
Salah satu bahan utama rangkaian produk penjagaan kulit muka Shurah adalah susu kambing sejati. Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan khasiat yang baik untuk memelihara kecantikan dan kesihatan kulit. Ia adalah pelembap semulajadi untuk mengimbangi kelembapan kulit muka supaya kulit anda lembut dan licin. Seterusnya juga membantu melindungi kulit anda dari penuaan sebelum masanya.

Pati-Pati Likoris
Rangkaian produk penjagaan kulit muka Shurah juga mengandungi Pati-pati semulajadi Likoris iaitu bahan pencerah yang berkesan serta bertindak secara lembut dan semulajadi untuk membantu kulit menjadi cerah.

Pelindung UV
Pelindung UV adalah penting kerana ia dapat melindungi kulit dari penuaan sebelum masanya dan kerosakan akibat sinaran matahari yang merbahaya. Juga melindungi kulit dari menjadi gelap akibat pendedahan kepada matahari.

Pengesahan Halal
Rangkaian produk-produk Shurah adalah disahkan HALAL dengan bahan-bahan kandungan, cara pemprosesan serta kawasan pengeluran adalah selamat digunakan oleh umat Islam. Justeru penggunaannya adalah dengan yakin dan suci.

Penggunaan produk penjagaan kulit Shurah boleh menampilkan kulit yang lebih cerah, lembut dan halus. Anda dapat melihat perbezaannya setelah menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka Shurah selama 4-6 minggu. Sesuai untuk semua jenis kulit. gunalah produk penjagaan kulit Shurah untuk menyerlah wajah yang jelita dan cerah secara semulajadi.


 
Pembersih Muka Shurah

Pembersih Muka Shurah adalah dirumus khas untuk membersih muka anda secara berkesan disamping memelihara kelembapan kulit muka anda. Ia juga mengandungi Gliserin untuk mengekalkan kelembapan semulajadi kulit anda.

 

Pembersih Muka Shurah Dengan Buah Delima & Papaya

Pembersih Muka Shurah Dengan Buah Delima & Papaya adalah dirumus khas dengan Ekstrak Buah Delima yang lama terkenal sebagai bahan tradisional untuk melindungi kulit daripada penuaan kulit sebelum masanya.  Juga dirumus dengan Ekstrak Papaya untuk menyuburkan kulit supaya kelihatan sihat dan cantik.  Ia mengandungi Ekstrak Likoris untuk mencerahkan kulit bagi wajah yang terserlah dan menawan, serta Pelindung UV untuk melindungi dari sinaran UV.  Sesuai untuk semua jenis kulit.  Gunakannya dengan yakin dan suci. 

Pembersih Muka Shurah Dengan Gamat & Timun

Pembersih Muka Shurah Dengan Gamat & Timun adalah dirumus khas dengan Ekstrak Gamat yang lama terkenal sebagai bahan tradisional untuk membersih kulit dengan mengeluarkan sel-sel kulit mati, bintik-bintik hitam, kekotoran dan minyak muka yang berlebihan supaya kulit muka kelihatan segar dan lembut.  Juga dirumus dengan Ekstrak Timun untuk melembapkan kulit dan Ekstrak Likoris untuk mencerahkan kulit bagi wajah yang terserlah dan menawan.  Mengandungi Pelindung UV untuk melindungi dari sinaran UV.  Sesuai untuk semua jenis kulit.  Gunakannya dengan yakin dan suci.

 

Skrub Aprikot Shurah

Selain daripada susu kambing sejati, Skrub Aprikot Shurah juga mengandungi serbuk kulit walnut serta serbuk bijian Aprikot iaitu manik botani semulajadi,untuk mencuci kulit muka secara mendalam dengan menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan yang tersumbat di liang-liang roma kulit. Ia juga menanggalkan sel-sel kulit mati supaya kulit muka kelihatan lebih bersih dan sihat.

 

Penyegar Shurah

Penyegar Shurah yang berumusan bebas dari wangian dan bebas dari alkohol, mengandungi Witch Hazel untuk menyamankan dan menyegarkan kulit muka anda. Ia menanggalkan kotoran serta minyak berlebihan sambil mengecilkan liang-liang roma kulit.

 

Krim Kecantikan Shurah

Krim muka yang juga dirumus dengan Aloe Vera untuk melembapkan dan mencerahkan kulit muka anda. Sesuai digunakan sebagai asas muka sebelum bermekap.


Disahkan HALAL, gunalah rangkaian produk penjagaan kulit muka Shurah tanpa ragu-ragu untuk menyerlah wajah yang jelita dan cerah secara semulajadi.